Friday, January 12, 2007
[baJu peNGantin putEri keSayanGan raSulullah]
Fatimah az zahraa adalah puteri yang paling disayangi baginda rasulullah.Ini terbukti apabila setiap kali rasulullah pergi berperang , Fatimahlah orang yang terakhir dia mengucapkan selamat tinggal dan setelah pulang Fatimahlah orang pertama yang baginda jumpa.Puteri rasulullah ini menjadi rebutan Umar dan Abu Bakar.Namun,baginda rasulullah telah memilih Ali sebagai menantunya atas sebab tertentu.Maka,jika sebelum ini Fatimah memakai pakaian yang penuh bertampal pada pakaiannya,rasulullah telah menjahitkan sendiri baju pengantin untuk anak kesayangan baginda.Baginda mahu puterinya kelihatan cantik pada hari pernikahan itu. Ujian Allah tidak kira masa.Datanglah seorang pengemis ke rumah Fatimah sedang Fatimah bersiap-siap."Wahai Fatimah puteri rasulullah,berikan aku sehelai baju",pengemis itu merayu. Segera dihulurkan bajunya yang penuh bertampal kepada si pengemis yang malang itu. Namun, tiba-tiba Fatimah teringat akan nasihat ayahnya bahawa berilah sedekah dengan barang yang sebaik-baiknya.Segera Fatimah memberikan baju pengantin.Setelah mengucapkan terima kasih.Pengemis beredar.Tiba-tiba datang malaikat membawa baju sutera berwarna hijau dari syurga khas untuk Fatimah.Cantiknya baju itu sehingga wanita-wanita kafir Quraisy yang hadir memeluk islam termasuk suami mereka.Sesungguhnya ujian Allah itu hanyalah untuk hamba-hambanya yang terpilih dan setiap ujian itu akan berakhir dengan kesenangan.Wallahualam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment